suria

Fox Tidak Suka Pakai Baju Untuk Tarik Perhatian

Fox juga mengakui dia adalah peminat penyanyi Rihanna tetapi mustahil dia dapat berpakaian seperti Rihanna

AKTRES Hollywood Megan Fox tidak suka memakai baju yang akan menarik perhatian orang ramai.

Setiap kali dia keluar dia akan pastikan baju yang digayakannya adalah biasa-biasa saja supaya orang tidak mengenalinya.

"Jika saya memakai sesuatu yang menarik, kita akan dikenali serta merta. Saya sukakan baju trench kot jenis Dolce and Gabbana warna putih yang sesuai untuk musim salji.

"Tapi setiap kali saya mengenakan pakaian itu, orang akan mengenali saya. Saya cuba berselindunng tapi tidak berjaya," katanya kepada laman contactmusic.com.

Fox juga mengakui dia adalah peminat penyanyi Rihanna tetapi mustahil dia dapat berpakaian seperti Rihanna.

"Alangkah eloknya kalau saya dapat berpakaian seperti Rihanna dan pergi makan di Burger King, memakai kasuts etinggi 6 inci dengan baju mini. Sungguh mengagumkan tapi saya tidka ada motivasi," jelas Fox.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain