Tarikh Pernikahan 14 Mac Sempena Hari Lahir Erma Fatimah - Hiburan | mStar

Tarikh Pernikahan 14 Mac Sempena Hari Lahir Erma Fatimah

 Umie diapit kedua-dua anak angkatnya. Foto The Star Oleh MOHD SAHAR MISNI
Umie diapit kedua-dua anak angkatnya. Foto The Star Oleh MOHD SAHAR MISNI

KUALA LUMPUR: Pelakon Umie Aida, 37, akhirnya menamatkan teka-teki tentang pernikahannya apabila mengumumkan tarikh keramat tersebut jatuh pada 14 Mac ini di Tanah Suci Mekah.

Dia yang bakal bernikah dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, memberitahu bahawa majlis sederhana itu akan berlangsung di Masjidil Haram dengan dihadiri seramai 20 orang ahli keluarga dan rakan terdekat.

"Segala apa yang saya rancangkan berjalan dengan lancar, Insya-Allah kami akan melangsungkan perkahwinan di Mekah pada 14 Mac ini iaitu mengambil sempena hari lahir kakak saya, Erma Fatimah.

"Insya-Allah, akad nikah akan dibuat di Masjidil Haram selepas subuh," katanya pada sidang media selepas Majlis Malam Berinai di kediamannya, malam tadi.

Selain itu juga, Umie memberitahu rombongannya bakal berangkat ke Mekah pada 11 Mac dan pulang pada 18 Mac sebelum majlis resepsinya yang bakal diadakan pada 28 Mac ini.

"Saya akan berangkat bersama keluarga dan rakan terdekat pada 11 Mac dan apabila semuanya selesai kami pulang pada 18 Mac.

"Insya-Allah, di sana kami akan buat sedikit majlis jamuan pada sebelah malamnya di Hotel Zamzam Tower," jelasnya yang terpaksa meninggalkan anak angkatnya, Mohd Daniel Firdaus, 17 dan Mohd Dzulhilmy, 16 disebabkan masalah pasport.

Umie yang anggun mengenakan busana putih rekaan Jovian Mandagie pada Majlis Malam Berinai tersebut turut memberitahu tiada sebarang hantaran ketika majlis pernikahannya nanti kecuali acara pertukaran cincin.

"Saya tidak ada persiapan untuk berbalas-balas hantaran. Kami hanya akan bertukar cincin sahaja.

"Malah mas kahwin juga diberi dalam dirham," ujarnya yang bakal diwalikan oleh abang kandungnya, Ahmad Ridhuan Rahmad.

Dalam pada itu, Umie atau nama penuhnya Umi Kalsum Rahmad mengakui debaran bakal menjadi isteri masih belum dirasai.

"Perasaan saya seperti sedang shooting. Saya belum rasa debarannya lagi, mungkin pada 14 Mac nanti.

"Hari ini saya masih lagi rasa seperti meraikan rakan-rakan," ujarnya.

Sementara itu, pelakon jelita ini memberitahu tentang perancangan mereka mendapatkan cahaya mata secepat mungkin.

"Saya memang harapkan cahaya mata secepat mungkin, paling tidak pun seorang sudah mencukupi," ujarnya yang merancang untuk berbulan madu di Eropah.

Selain itu, Umie memberitahu majlis resepsi yang akan berlangsung pada 28 Mac akan diadakan di One World Hotel dan bakal dihadiri seramai 1200 tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Turut hadir pada Majlis Malam Berinai semalam, terdiri daripada ahli keluarganya, wartawan dan rakan-rakan artis seperti Erra Fazira, Zahida Rafik, Azwan Ali, Kuza, Datin Noniswara, Nabila Huda, Emelda Rosmila, Ziela Jalil dan ramai lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tom Cruise Cedera Dalam Kemalangan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain