suria

Menang Oscar, Sandra Bullock Tidak Mahu Berpesta

Sandra Bullock, menerima anugerah pelakon wanita terbaik di Anugerah Akademi ke-82.
Sandra Bullock, menerima anugerah pelakon wanita terbaik di Anugerah Akademi ke-82.
Sandra Bullock, menerima anugerah pelakon wanita terbaik di Anugerah Akademi ke-82.

WALAUPUN pertama kali berjaya memenangi Piala Oscar bagi ketogeri Pelakon Perempuan terbaik, Aktres Sandra Bullock tidak mau meraikannya dengan berpesta. Malah dia mahu segera pulang.

"Saya hanya ingin makan dan berehat," kata Sandra.

Sandra tidak berniat untuk meraikan kejayaannya dengan berpesta selepas majlis tersebut berakhir. Aktres 45 tahun itu benar-benar ingin beristirahat.

"Saya ingin melepaskan sepatu, baju, lalu makan burger," katanya sambil bergurau.

Ketika di luar dewan tersebut, Sandra mengaku masih tidak percaya atas kemenangannya. Bintang filem 'The Blind Side' itu juga kelihatan sedih ketika menyampaikan ucapan terima kasih kepada ibunya.

Katanya "Terima kasih kerana tidak mengizinkan saya keluar berdua-duaan bersama teman lelaki sehingga umur 18 tahun,".

Artikel Lain