suria

John Abraham Dan Arjun Rampal dilamar Syarikat Produksi Hollywood

SYARIKAT produksi American Empire telah melamar empat orang pelakon Bollywood untuk membintangi filem terbaru syarikat tersebut.

Pelakon-pelakon yang akan bernaung di bawah syarikat itu terdiri daripada John Abraham, Arjun Rampal, dan terdapat desas-desus mengatakan pelakon filem Slumdog Millionaire, Freida Pinto.

Filem terbaru yang bakal dibintangi pelakon-pelakon Bollywood dan Hollywood itu akan diarahkan oleh pengarah filem Planet of the Apes, Andy Armstrong. Filem yang bergenre komedi dan aksi itu akan mengadakan penggambarannya di Tampa dan bandar Ybor, Florida, Amerika Syarikat.

Filem itu juga turut mengisahkan mengenai politik, jenayah dan masalah sosial.

Rajan Zed yang akan turut serta dalam pembikinan itu turut berharap gabungan bintang Bollywood dan Hollywood itu akan menghasilkan sesuatu yang hebat.

Artikel Lain