suria

Peminat Saran Fahrin Kahwin Cepat

Fahrin melayan peminat-peminatnya di Serai Satay Bar Foto The Star Oleh AZLINA ABDULLAH
 Fahrin melayan peminat-peminatnya di Serai Satay Bar Foto The Star Oleh AZLINA ABDULLAH
Fahrin melayan peminat-peminatnya di Serai Satay Bar Foto The Star Oleh AZLINA ABDULLAH

FENOMENA laman sosial Facebook (FB) yang semakin berleluasa penggunaannya telah memberi ruang kepada golongan selebriti untuk menggunakannya sebagai cara mendekatkan diri mereka dengan peminat.

Pelakon kacak, Fahrin Ahmad, 31, tidak emlepaskan peluang untuk menganjurkan jamuan Online Satay Party di Serai Satay Bar, Pavillion kepada peminat yang mendaftar di bawah akaun FB miliknya pada Jumaat lalu.

Restoran milik Rina Abdullah itu menjadi lokasi untuk Fahrin meraikan 20 peminat bertuah yang dipilih berdasarkan ketepatan mereka menjawab soalan yang disediakan.

"Ini merupakan cara untuk saya kenal dengan lebih rapat peminat-peminat yang selama ini memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada saya.

"Apa yang boleh saya janjikan bahawa acara ini bukanlah yang pertama dan terakhir, kami akan merancang untuk acara yang lebih besar lagi akan datang.

"Saya mahu semua peminat saya dapat datang, sama ada dalam atau luar negara." ” ujarnya yang turut menunjukkan kehandalan membakar sate pada pagi itu.

Ditanya mengapa jumlah peminat yang terpilih hanyalah seramai 30 orang, Fahrin berkata faktor lokasi membuatkan dia terpaksa mengehadkan jumlah pem

Fahrin merupakan antara artis yang aktif berinteraksi dengan peminatnya di Fanclub FB miliknya dan sehingga kini jumlah peminat yang berjaya dikumpulkan menerusi laman web sosial itu berjumlah 140,000 orang.

"Saya sendiri akan melayan peminat dan mereka yang sudah biasa berkomunikasi dengan saya akan tahu cara saya. Tidak timbul isu orang lain yang mengemaskini akaun FB,” kata Fahrin sentiasa mengemaskini FB miliknya setiap hari.

Menurut pelakon teater Antara ini juga, FB boleh dijadikan penanda aras populariti seseorang artis malah ia juga cara paling berkesan untuk berinteraksi secara terbuka bersama peminat.

"Saya bebas untuk meluahkan isi hati kepada mereka dan mereka bebas bertanyakan apa saja. Kalau ada luahan atau pandangan peribadi, mereka boleh tulis. Malah ada juga yang menggunakan ruang itu untuk memberi pendapat terhadap apa yang berlaku kepada saya baik dari segi kerjaya mahupun peribadi.

"Antara mereka ada yang saling berkenalan antara satu sama lain. Dan ada juga yang meluahkan rasa cinta mereka kepada saya dalam kotak pesanan," cerita Fahrin sambil tersenyum.

Dalam pada itu juga, beberapa peminat Fahrin yang dipilih untuk menyertai jamuan tersebut turut melahirkan rasa terharu mereka kerana terpilih untuk beramah mesra dan mengenali aktor ini dengan lebih rapat lagi.

Bagi Julian Mukhriz, 25, berpeluang bertemu artis pujaannya itu membolehkan dia mengenali dengan lebih dekat pelakon tersebut. Biar apa pun kontroversi yang berlaku, Dia sentiasa berpihak kepada Fahrin.

"Saya tidak penah percaya dengan gosip-gosip tentang Fahrin, jika benar sekalipun saya tidak ambil peduli. Apa yang saya tahu di mata saya Fahrin seorang yang baik.

"Saya rasa untuk elak pelbagai kontroversi lagi, saya nasihatkan dia kahwin cepat-cepat," ujarnya yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa aktor ini.

Bagi Umi Ruhaya Ahmad Zawawi, 22, sokongan yang diberikan kepada Fahrin tidak berbelah bagi. Walaupun sibuk dengan tugas seharian dia tidak pernah lupa menjenguk laman FB milik pelakon Dalil Cinta ini.

"Saya tahu disaat pelbagai kontroversi yang tercetus kepada Fahrin dia memerlukan kami sebagai peminatnya untuk berada disisinya. Saya dan rakan-rakan sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada dia.

"Walaupun pernah berjumpa sebelum ini tapi kali ini kami lebih berpeluang untuk beramah mesra," katanya yang mengharap agar dapat menyertai aktiviti sebegini di masa akn datang.

Manakala bagi Badie Zaman, 32, acara parti sebegini bukan sahaja merapatkan hubungan antara dia dan Fahrin malah bersama komuniti fanclub FB Fahrin Ahmad yang lain.

"Sebelum ini kami hanya bersembang di FB, bercerita tentang Fahrin tapi hari ini kami berpeluang berjumpa dan saling berkenalan dengan lebih rapat.

"Kepada Fahrin kami sebagai peminatnya sentiasa memberi sokongan padu terhadap diri dan kerjayanya, dari sudut peribadi kami harap Fahrin bertemu dengan gadis yang boleh membahagiakannya" ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain