suria

Isteri Tiger Woods Sudah Rujuk Kembali

Awal tahun ini, Woods diberitakan menjalani pemulihan ketagihan seks dan membuat penampilan pertamanya pada Februari tahun ini dengan memohon maaf kepada isteri, kawan-kawan dan keluarganya

PEMAIN golf antarabangsa, Tiger Woods khabarnya sudah mencapai sedikit kejayaan dalam hubungan rumah tangganya bila dia dilaporkan sedang cuba berbaik-baik dengan isterinya Elin Nordegren, seorang model dari Sweden.

Menurut sebuah laporan, Elin sudah berpindah balik ke rumah mereka di Florida.

Pasangan ini mula tinggal berasingan sejak November 2009 selepas laporan tentang kecurangan Woods menjadi tajuk akhbar hampir setiap minggu.

Namun pada awal tahun ini, Woods diberitakan menjalani pemulihan ketagihan seks dan membuat penampilan pertamanya pada Februari tahun ini dengan memohon maaf kepada isteri, kawan-kawan dan keluarganya.

Elin tidak kelihatan di sidang media itu justeru pihak media membuat spekulasi yang perkahwinan pasangan ini sedang menuju kehancuran.

Minggu lepas, Elin dan dua orang anaknya kelihatan di rumah mereka di Isleworth mansion.

Menurut laporan TMZ.com, sebuah lori dan beberapa pekerja kelihatan sedang memunggah barangan Elin ke rumah tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain