suria

Debbie Sertai Ribuan Peminat MJ Di Mausoleum

Michael Jackson masih dirindui oleh jutaan peminatnya di seluruh dunia
Michael Jackson masih dirindui oleh jutaan peminatnya di seluruh dunia
Michael Jackson masih dirindui oleh jutaan peminatnya di seluruh dunia

BEKAS isteri Michael Jackson, Debbie Rowe turut serta ribuan peminat Michael di Mausoleum.

Acara bulanan mengingati mendiang Michael diadakan oleh ribuan peminat Michael.

Debbie kelihatan menangis sewaktu upacara itu berlangsung. Namun dia hanya boleh mundar mandir saja di kawasan itu dan dilarang memasuki Mausoleum kerana sekuriti amat ketat.

Penyanyi terkenal yang dikenali dengan hitnya, 'The Thriller', disemadikan di Forest Lawn Memorial Parks and Mortuaries di Glendale, California pada 3 September tahun lepas.

Sejak itu, ramai peminat bintang itu masih mengunjungi tempat persemadiannya pada hari ketiga setiap bulan untuk memberi hormat kepada superstar itu.

Pada upacara yang baru berlangsung itu, peminat-peminat MJ dikejutkan dengan kehadiran bekas isteri bintang itu.

Bekas isterinya seorang jururawat adalah ibu kepada dua anak MJ iaitu Prince Michael, 13, dan Paris, 11.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain