suria

Jolie Pernah Jalin Hubungan Dengan Jagger

AKTRES bibir seksi Angelina Jolie pernah menjalinkan hubungan sulit dengan lagenda rock Mick Jagger, menurut sebuah buku yang ditulis oleh Jenny Paul.

Paul mendakwa penyanyi utama 'Rolling Stones' itu masih berkahwin dengan bekas isterinya, model Jerry Hall, ketika dia main cinta dengan Jolie, aktres 'Original Sin' itu.

Kata Jenny, kedua-dua mereka mula berpacaran Jolie mengambil bahagian dalam video 'The Rolling Stones' bertajuk 'Anybody Seen My Baby?' pada 1997.

Malah, Jolie dan Jagger sekali lagi menyemarakkan kisah cinta mereka pada 2003, menurut laporan the Daily Telegraph.

Paul menghabiskan masa menjalankan siasatan dan menulis buku itu selama enam tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain