suria

Rangkaian Fesyen Lavigne Diilham Dari 'Alice In Wonderlands'

PENYANYI Avril Lavigne sudah memulakan rangkaian rekaan fesyen baju yang diilhamkan oleh filem 'Alice in Wonderland', yang dibintangi Johnny Depp dan Helena Bonham Carter.

"Saya telah melihat dan mengkaji setiap imej dari filem itu untuk mendapat ilham buat fesyen baju.

Akhirnya kami putuskan untuk guna motif bunga yang tidak ubah seperti 'Shrink me'. Ia seolah-olah apa saja dan semuanya," kata Avril kepada laman femalefirst.co.uk.

"Lagu kegemaran saya ialah T-shirt putih dan arnab serta stopwatch itu," kata Lavigne

Semua item itu termasuk T-shirt, seluar dan baju dijual dengan harga berpatutan.

Rangkaian baju Lavigne yang mengambil nama, 'Abbey Dawn' dijual pada September tahun lepas.

Artikel Berikut

Artikel Lain