suria

Mel Gibson Salahkan Ibu Kerana Ketagih Nikotin

AKTOR Hollywood Mel Gibson, yang kini sedang cuba mengatasi ketagihan nikotin menyalahkan ibunya kerana ketagihan tersebut.

Kata Mel, jika ibunya tidak menghisap rokok ketika mengandungkan dia, dia tidak mungkin ketagihan sebegitu.

"Ibu saya menghisap rokok ketika saya di dalam rahimnya. Saya mula hisap rokok ketika saya berusia 9 tahun dan saya terfikir, 'Ini yang saya rindukan'," kata Gibson kepada Hollywood.com.

"Dan 45 tahun kemudian, setiap tindakan dan keputusan yang saya ambil, saya akan lakukan dengan menghisap rokok.

"Untuk tidak hisap rokok adalah sesuatu yang mustahil. Ia lebih teruk dari memanjat dinding.

"Kalau tidak hisap rokok saya rasa dunia ini kosong," kata Mel.

Artikel Berikut

Artikel Lain