suria

Isteri Sheen Nekad Fail Cerai

ISTERI aktor Charlie Sheen, Brooke Mueller ingin failkan cerai terhadap suaminya setelah kes penderaan rumah tangga selesai.

Walaupun sebelum ini, pasangan itu berkata mereka ingin selesaikan kemelut rumah tangga mereka tapi hakikatnya adala sebaliknya.

"Brooke ingin tamatkan perkahwinan mereka. Dia pernah beritahu perkara itu sebelum ini dan kini dia berkata perkara yang sama lagi," kata sumber seperti dilaporkan di laman news.com.au.

"Tapi Brooke risau kerana Charlie banyak simpan rahsianya. Antara rahsia itu ialah Brooke menggunakan dadah sewaktu membesarkan anak-anak," kata sumber itu lagi.

Kata sumber itu lagi, "Perkahwinan mereka adalah satu mimpi ngeri dan masing-masing fobia tentang siapa yang akan menyakiti siapa."

"Bagi Charlie, dia terperanjat bagaimana Brooke boleh gunakan pendakwa Colorado untuk hantar dia ke jel. Bagi Brooke pula, Charlie tahu semua kisah alkohol dan dadahnya," kata sumber itu.

Walaupun perasaan takut masih bersarang di hati tapi Brooke sudah tekad untuk menamatkan perkahwinan mereka.

Artikel Berikut

Artikel Lain