suria

Campbell Dituduh Pukul Pemandu Hingga Lebam

SUPERMODEL Naomi Campbell dituduh mencederakan pemandunya baru-baru ini.

Menurut polis New York, jelitawan berusia 39 tahun itu didakwa memukul pemandunya yang diupah untuk memandunya sehari. Setelah dipukul, kepala pemandu itu terus tersembam ke stereng kereta.

Kejadian itu menyebabkan pemandu itu luka dan lebam di kepala, menurut laporan telegraph.co.uk.

Kata jurucakap Campbell, Jeff Raymond, model itu akan memberi kerjasama dengan polis jika diminta.

"Tidak perlu buat spekulasi sekarang. Banyak perkara yang tidak kita ketahui berlaku waktu kejadian itu," kata Raymond dalam sebuah kenyataan akhbar.

Police berkata, mereka sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas Campbell setelah menerima aduan dari pemandunya.

Campbell sememangnya terkenal dengan sifat bengisnya. Ramai pekerja dan orang gajinya yang telah menyamannya. Namun semua kes itu dapat diselesaikan secara senyap.

Artikel Berikut

Artikel Lain