suria

Peguam Erema Tarik Diri

Erema ketika hadir ke Mahkamh Syariah Petaling Jaya pada 22 Disember lalu.
Erema ketika hadir ke Mahkamh Syariah Petaling Jaya pada 22 Disember lalu.
Erema ketika hadir ke Mahkamh Syariah Petaling Jaya pada 22 Disember lalu.

PETALING JAYA: Belum pun selesai kes tuntutan fasakh cerainya, peguam yang mewakili penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 27, hari ini menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut.

Peguam syarie Ahmad Tarmizi Shariff menghantar notis bagi memaklumkan penarikan diri pada 22 Februari lalu di Mahkamah Syariah di sini.

Dalam pada itu, Erema diberikan notis amaran ekoran gagal hadir ke mahkamah hari ini.

Perkara tersbut dimaklumkan oleh peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz yang mewakili penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.

Bagaimanapun, anak guamnya juga tidak hadir.

Sehubungan itu, Hakim Syarie Ghazalie Ahmad menangguhkan perbicaraan kepada 17 Mei depan.

Dalam pada itu, mStar Online cuba menghubungi Erema bagaimanapun gagal.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi yang dihubungi berkata dia menarik diri kerana Erema enggan menggunakan khidmatnya lagi.

“Erema telah memberitahu kepada saya pada dua hingga tiga minggu lalu yang dia tidak mahu menggunakan khidmat saya. Saya tidak tahu alasan dia buat begitu. Mungkin dia tidak berpuas hati dengan cara saya mengendalikan kes itu dan mengupah peguam lain,” jelasnya.

Pada 22 Disember lalu, Ghazali memerintahkan Maybank mengeluarkan penyata Erema mulai Januari 2007 sehingga Disember 2008 untuk disiasat.

Ini kerana Erema didakwa telah memasukkan wang royalti lagu ciptaan Seri Bayu ke dalam akaun miliknya.

Permohonan ini dibuat oleh Seri Bayu selaku defendan yang didakwa tidak memberi nafkah kepada isterinya itu sejak 2007.

Semasa prosiding, Erema mendakwa suaminya tidak memberikan nafkah zahir dan batin serta memberikan tekanan emosi terhadapnya.

Sehubungan itu, dia juga menuntut cerai fasakh itu kerana tiada persefahaman dengan suaminya lagi.

Penyanyi lagu Pelita di Bawah Purnama itu memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada awal Disember tahun lalu.

Pasangan itu bernikah pada 19 Disember 2006 ketika Seri Bayu menderita penyakit saraf.

Artikel Lain