suria

Angelina Jolie Enggan Menyertai 'Wanted 2'

KHABAR buruk bagi penggemar filem Wanted. Bintang utama, Angelina Jolie, memutuskan untuk tidak mahu terlibat dalam bahagian seterusnya filem tersebut.

Seperti dipetik Female First, keputusan Jolie untuk tidak menyertai filem Wanted 2 sangat memberi masalah kepada produser filem tersebut. Hal itu juga membuat Universal Picture terpaksa membatalkan rancangan produksi filem tersebut.

Khabarnya, Universal juga enggan mencari aktres baru bagi memegang watak Fox, karakter yang sebelumnya dimainkan oleh Jolie. Mereka menganggap Wanted 2 tidak akan berjaya tanpa penglibatan Jolie.

Film pertama Wanted ditayangkan pada 2008 lalu. Filem arahan Timur Bekmambetov itu berjaya mengaut keuntungan hingga US$ 341 juta dari tayangannya di seluruh dunia.

Pasangan hidup Brad Pitt itu juga telah memilih untuk terlibat di filem thriller arahan Alfonso Cuaron, berjudul Gravity. seperti yang dirancang Jolie akan memulakan penggambaran Gravity setelah menyelesaikan filem The Tourist yang sedang dalam penggambaran.