Rihanna dan Matt Kemp dikatakan sedang bercinta. - Foto APJEJAKA yang dikatakan sedang berpacaran dengan bintang R&B, Rihanna, Matt Kemp mengakui dirinya kian diulit populariti dan glamor sejak mereka didakwa bercinta."Saya semakin merasakan populariti sejak saya keluar dengan Rihanna," demikian menurut kenyataannya di laman web, femalefirst.co.uk, baru-baru ini. Menurut bintang besbol Los Angeles Dodgers itu, dia turut mendapat beberapa tawaran peragaan dan mengakui masih terkejut dengan populariti mendadak yang dimiliki sejak dirinya dikaitkan dengan Rihanna.