suria

"Lagu Berduit" Di Suria FM

Peraduan "Lagu Berduit" Suria FM bermula 1 - 28 Mac ini. Foto The Star Oleh BRIAN MOH
Peraduan
Peraduan "Lagu Berduit" Suria FM bermula 1 - 28 Mac ini. Foto The Star Oleh BRIAN MOH

SEBAGAI tanda penghargaan kepada pendengar-pendengar setia Suria FM, stesen radio itu akan mengadakan peraduan "Lagu Berduit" yang menawarkan sejumlah wang bernilai RM75,000.

Peraduan itu yang bermula 1 Mac hingga 28 Mac ini memerlukan pendengar untuk meneka nama lagu misteri yang akan diputarkan di radio tersebut dari pagi hingga malam.

DJ Halim Othman dan Zizi melalui slot Breakfast@Suria setiap pagi akan memberikan petunjuk kepada lagu misteri itu terlebih dahulu.

Setiap minggu, peraduan berkenaan akan mencari seorang pemenang bertuah yang menghantarkan judul lagu dengan tepat dan berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM250.

Sekiranya lagu misteri yang diputarkan tersebut dinyanyikan secara langsung oleh penyanyi yang dijemput ke studio Suria FM, para pendengar layak untuk merebut wang tunai sebanyak RM5000.

Pemenang bagi peraduan itu akan dipilih secara rawak oleh pihak SuriaFM dan bukan berdasarkan kepantasan menghantar jawapan bagi peraduan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Amy Winehouse Ketagihan Kasut

Artikel Lain