suria

Kekasih Madonna Menangis Selepas Diserang Dengan Arak

Madonna dan kekasihnya, Jesus Luz. - Foto AFP
Madonna dan kekasihnya, Jesus Luz. - Foto AFP
Madonna dan kekasihnya, Jesus Luz. - Foto AFP

KEKASIH diva Pop, Madonna, Jesus Luz, 22, dilaporkan menangis selepas seorang lelaki menyimbah arak ke mukanya ketika sedang bertugas sebagai DJ di sebuah majlis parti di Brazil.

Luz dikatakan sedang memutarkan lagu-lagu di majlis itu apabila dia diserang oleh seorang lelaki bengis yang tidak dikenali secara tiba-tiba.

"Dia (penyerang) menyimbah arak ke muka saya secara tiba-tiba dan berkata, 'Pergi dari sini. Aku tidak mahu melihat muka kau di sini lagi," katanya.

Tergamam dengan insiden itu, Luz lantas menuju ke sebuah penjuru dan mula menangis.

Menurut satu sumber di laman web, thesun.co.uk, Luz akhirnya berjaya menyudahkan kerjanya di majlis itu tetapi hanya selepas dikawal rapi oleh empat orang pengawal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Amy Winehouse Ketagihan Kasut

Artikel Lain