suria

The-Dream Bakal Dapat Anak Perempuan Dengan Christian Milian

PASANGAN penyanyi R&B The-Dream dan Christian Milian dijangkakan mendapat anak perempuan yang akan diberi nama Violet.

Milian dilaporkan telah mengandung pada Oktober 2009, selepas seminggu berkahwin secara rahsia dengan penerbit dan penyanyi itu di Las Vegas.

Dia dijangka akan melahirkan anaknya pada hujung minggu ini (28 Februari 2010) yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan The-Dream.

"Bayi saya bakal lahir hari Ahad ini, tidak akan lewat dari hari tersebut. Saya bakal mendapat bayi perempuan, dan akan menamakannya Violet," kata The-Dream.

Pemilik nama sebenar Terius Nash ini juga telah membeli alat permainan untuk bayinya walaupun belum dilahirkan lagi," bayi saya mempunyai kereta mainan, saya turut menyediakan rumah untuk anak saya itu. Saya akan memberikan sepenuh perhatian kepada Christina dan bayi.

The-Dream turut mempunyai seorang anak perempuan yang berumur empat tahun dan sepasang anak kembar lelaki berumur tiga tahun hasil perkahwinanya yang terdahulu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anang Dedah 'Pasangan' Barunya

Artikel Lain