suria

Craig Kahwin Kekasih Jepun Secara Rahsia

BINTANG filem Bond, Daniel Craig dikhabar sudah berkahwin secara rahsia dengan teman wanita Jepunnya bernama Satsuki Mitchell. Ini kerana Craig dilihat memakai sebentuk cincin kahwin di jarinya.

Mitchell, 30, juga memakai cincin kahwin di jarinya.

Jurucakap Craig, bagaimanapun enggan mengeshakan berita ini. Beliau hanya berkata, "ini adalah kisah peribadi."

Kedua-dua cincin kahwin yang tersemat di jari Craig dan Mitchell, dilihat sewaktu pasangan ini menghadiri perjumpaan 'Artists for Peace and Justice' di Brentwood, California.

Mereka juga memakai cincin yang sama ketika datang untuk telethon "Help Haiti".

"Kami syak mereka sudah berkahwin. Craig selalu berkata hanya Mitchell cinta hatinya dan dia tidak mahu perkahwinan yang gah.

"Perkahwinan yang besar-besaran akan menjadi mimpi ngeri untuk Craig. Dia seorang yang suka privasi," kata sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain