suria

KD Serah Anak Kepada Bakal Isteri Anang

Krisdayanti bersedia serahkan anak kepada bakal isteri Anang
Krisdayanti bersedia serahkan anak kepada bakal isteri Anang
Krisdayanti bersedia serahkan anak kepada bakal isteri Anang

PENYANYI popular Indonesia, Krisdayanti (KD) pernah memberitahu bahawa dia sulit untuk bertemu dengan kedua anaknya iaitu Aurel dan Azriel. KD juga berharap jika Anang bernikah lagi maka isteri barunya boleh menjaga kedua-dua buah hatinya Aurel dan Azriel.

KD juga berdoa agar Anang dikurniakan seorang isteri yang solehah.

"Ya saya doakan yang terbaik saja buat Anang dan anak-anak. Saya juga sudah menyerahkan anak-anak kepada Anang dan tentunya calon isterinya nanti," ujarnya seperti dipetik oleh Detikhot.com.

Bukan sekadar urusan jodoh, KD juga berharap kerjaya Anang semakin meningkat tahun ini. Dia juga mendoakan album Anang laris di pasaran.

Berhubung persoalan siapa kekasih bekas suaminya itu, KD mengakui bahawa dia tidak tahu menahu. Dia juga jarang berkomunikasi dengan Anang. Jika berkomunikasi hanya bercakap soal anak-anak sahaja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain