Rekaan Terbaru Jam Tangan Jessica Simpson - Hiburan | mStar

Rekaan Terbaru Jam Tangan Jessica Simpson

JESSICA Simpson mengembangkan empayar perniagaannya dengan mereka koleksi jam tangan yang terbaru.

Penyanyi terkenal itu juga dikhabarkan akan menambah koleksi barang kemas sebagai produk terbaru keluarannya selain termasuk kasut, beg tangan, dan pakaian.

"Rekaan yang inspirasikan daripada koleksinya itu sangat dekat di hati saya kerana ibu dan saya yang merekakan koleksi terbaru itu. Ia menjadi satu kegembiraan kepada saya dengan mencipta koleksi terbaru dan menjadi sebahagian dari koleksi fesyen terkini. Koleksi jam tangan adalah antara koleksi tambahan dalam bisnes ini," kata Simpson.

Jam tangan rekaan terbaru itu berharga USD 60 (RM204) sehingga USD 250 (RM852) yang akan dilancarkan pada Oktober ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Suspek samun stesen MRT dikenal pasti

Hotel di Makkah hangus dijilat api