suria

Megan Fox Tidak Percaya Bintang Hollywood

AKTRES Megan Fox, wajah baru Armani, mendedahkan yang dia langsung tidak mempercayai aktres Hollywood.

Fox memberitahu demikian ketika diwawancara W Magazine, baru-baru ini.

"Saya tidak percaya orang-orang di dalam industri. Malah, saya langsung tidak percaya aktres Hollywood.

"Ini adalah kerana persaingan terlalu sengit dan saya tidak berminat untuk bersaing," katanya.

Fox juga berkata, dia mampu membawa watak seorang ibu dalam kehidupan sebenarnya.

Bintang Transformers yang berusia 23 tahun itu mengaku dia tidak sabar untuk memulakan kehidupan berfamili.

"Saya mempunyai naluri keibuan yang kuat. Saya sukakan budak-budak. Tapi dengan kesibukan saya sekarang, saya tidak pasti sama ada saya mampu ada anak," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain