suria

Dynas Ikut Pantang, Belum Buat Persiapan Bayi

Dynas masih belum membuat persiapan untuk bayi yang bakal dilahirkannya. Foto The Star, Oleh SHAARI CHEMAT
Dynas masih belum membuat persiapan untuk bayi yang bakal dilahirkannya. Foto The Star, Oleh SHAARI CHEMAT
Dynas masih belum membuat persiapan untuk bayi yang bakal dilahirkannya. Foto The Star, Oleh SHAARI CHEMAT

AKTRES jelita, Wan Intan Edrinaz Wan Mokthtar atau lebih dikenali sebagai Dynas yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan menghitung hari menunggu kelahiran bayi pertamanya.

Peristiwa keguguran yang dialami pada tahun 2008 lalu memberi kesan kepada Dynas untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap pergerakannya.

Amalan berpantang mengikut adat Melayu, Cina dan India dipraktikkan menurutnya bagi menjaga keselamatan dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Ditanya tentang persiapan menyambut ahli baru pada bulan hadapan, Dynas memberitahu dia masih belum membuat sebarang persiapan termasuk membeli pakaian atau keperluan bayi.

"Saya tidak buat apa-apa persiapan lagi setakat ini, sebab kalau ikutkan pantang larang bulan ke lapan baru boleh buat persiapan. Suami saya juga tidak mahu kami beli apa-apa kerana belum sampai masanya lagi.

"Bukan sebab saya fobia kerana keguguran lalu, saya dan suami hanya ikut pantang orang tua sahaja. Lagipun barangan untuk bayi yang lama masih ada lagi," ujarnya yang mengakui pergerakannya kini terbatas disebabkan berat yang semakin bertambah.

Dynas turut memberitahu dirinya terasa sungguh istimewa apabila mendapat perhatian dari orang sekeliling terutamanya ketika membeli-belah atau bersiar-siar.

"Kemana sahaja saya pergi banyak orang yang menolong, Saya suka jalan sorang-sorang dan mungkin mereka risau keselamatan saya. Tapi yang best saya selalu dapat diskaun jika beli barang-barang di kedai," jelasnya.

Isteri kepada Mohd Hafizy Hafiz ini juga mengambil langkah untuk berehat selama empat bulan dari sebarang aktiviti seni bagi menunggu kelahiran bayinya.

Dynas yang baru pulang dari percutian di Melbourne, Australia pada bulan lalu menganggap percutian tersebut sebagai bulan madu kedua bersama suami tercinta sebelum kelahiran cahaya mata mereka.

"Buat masa ini saya ambil peluang untuk berehat dari berlakon selama empat bulan untuk memberi tumpuan kepada kesihatan dan kandungan saya.

"Awal tahun ini kami bercuti di Melbourne. Saya saja luangkan masa bersama suami sebelum kelahiran bayi kami. Ini kira bulan madu kedua kami.

"Namun begitu, saya kini sedang sibuk dengan butik DNA Selebriti yang akan buat penjenamaan semula kepada DNA Eksklusif" kata Dynas.

Menurutnya, konsep DNA Selebriti butik tidak akan dikekalkan dan DNA Eksklusif akan dilancarkan pada April ini.

"Untuk DNA Selebriti saya tidak lagi bersama Awal. Saya kekalkan nama DNA sebab rakan kongsi saya yang baru juga bermula huruf A.

"Awal tarik diri sebab dia kini terlalu sibuk dengan program pengacaraannya dan banyak komitmen lain yang perlu diberi," ujarnya Dynas yang bakal melancarkan butik DNA Eksklusif di Empire Gallery Subang Jaya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain