Filem MNIK Catat Rekod Pecah Panggung Di Amerika Syarikat - Hiburan | mStar

Filem MNIK Catat Rekod Pecah Panggung Di Amerika Syarikat

FILEM My Name Is Khan (MNIK), berjaya memungut AS$761,000 (RM2.6 juta) pada hari Ahad lepas, sekaligus mencatatkan rekod pecang panggung bagi filem berbahasa Hindi itu di Amerika Utara.

Pengarah filem itu, Karan Johar mensasarkan kutipan akan jatuh tujuh peratus pada hari Ahad selepas mendapat kutipan AS$682,000 (RM2.3 juta) pada hari Sabtu. Bagaimanapun, filem itu menerima sambutan yang menggalakkan pada hari Ahad.

Filem tersebut yang dibintangi Shah Rukh Khan dan Kajol itu akan ditayangkan di 120 buah panggung teater termasuk di Amerika Syarikat dan Kanada selama tiga hari.

Menurut satu laporan, tiket filem itu telah habis dijual.

MNIK juga adalah antara filem yang mendapat sambutan di Amerika Utara selepas mula ditayangkan pada 12 Februari lepas.

Artikel Sebelum

Betty Pantang Diberi Skrip Longgar

Artikel Berikut

Kate Moss Suka Kerja Belakang Tabir

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara