Madonna Bakal Mengarah Drama Diraja - Hiburan | mStar

Madonna Bakal Mengarah Drama Diraja

DIVA pop, Madonna bakal kembali ke kerusi pengarah untuk mengarahkan filem keduanya sebuah drama mengenai kehidupan Raja British King Edward VIII. Aktres itu buat pertama kalinya kembali selepas mengarahkan filemnya yang terdahulu Filth and Wisdom (2008) yang menerima banyak kritikan dan tidak berjaya mencapai pecah panggung.

Madonna yang menerima pandangan dan kritikan daripada daripada umum itu menganggap sebagai permulaan untuk dia memulakan kerjaya di belakang tabir.

Madonna yang bertanggungjawab sebagai penulis dan pengarah untuk filem W.E. itu adalah mengisahkan cerita sebenar mengenai penurunan takhta raja pada tahun 1936 kerana ingin berkahwin dengan seorang janda Amerika, Wallis Simpson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain