suria

Persembahan Beyonce Di Brazil Berakhir Dengan Tembakan

DIVA pop, Beyonce Knowles terpaksa mengakhiri persembahannya di Brazil dalam ketakutan apabila seorang penembak telah menembak ke arah peminat-peminatnya di luar kawasan tersebut.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Crazy In Love" dan "I Am...' itu berlepas ke Amerika Selatan pada minggu lepas dan membuat persembahannya di Brazil.

Konsert Beyonce terakhir di bandar Salvador pada malam Rabu lepas bagaimanapun telah dirosakan oleh sekumpulan anak muda yang menembak ke kawasan berdekatan Parque de Exposicoes yang mensasarkan peminat penyanyi tersebut sehinggakan mereka terpaksa meninggalkan kawasan itu.

Menurut laporan polis, tiada kecederaan dilaporkan ekoran insiden kejadian itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain