suria

Filem JLo 'Gigli' Dinamakan Filem Romantik Komedi Paling Teruk

FILEM 'Gigli' yang dibintangi dua pelakon Hollywood, Ben Affleck dan Jennifer Lopez, telah dinamakan filem romantik komedi paling teruk di satu tinjauan St. Valentine's Day.

Filem itu mendapat kritikan paling buruk dan tidak mendapat tempat di hati penonton itu ketika diedarkan pada 2003, sama seperti kisah cinta Affleck dan Lopez.

Malah filem itu dilaporkan ditarik tayangannya setelah tiga minggu berada di pawagam.

Filem-filem lain yang dianggap paling teruk setaraf dengan "Gigli" ialah filem Paris Hilton "The Hottie and the Nottie"; "From Justin to Kelly", Ellen DeGeneres' "Mr Wrong", "Mr Wrong", 1996 dan "The Beautician and the Beast", 1997.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain