suria

Reebok 'My Name Is Khan' (MNIK) Tembusi Pasaran

REEBOK, jenama sukan yang terkenal di seluruh dunia tidak mahu ketinggalan meraih keuntungan di atas populariti filem 'My Name Is Khan' yang menggandingkan pasangan layar perak yang ideal, Shahrukh Khan dan Kajol.

Terbaru, Reebok, melancarkan siri pakaian sukan dari siri blockbuster filem ini dengan menamakannya 'Reebok 'My Name Is Khan' (MNIK).

Edisi baru ini merangkumi kasut sukan, pakaian sukan dan akan dijual di semua rangkaian kedai sukan Reebok di semua negeri di India. Untuk masa ini saja, Reebok mempunyai 800 stor eksklusif di seluruh India.

Reebok 'My Name Is Khan' (MNIK) menyasarkan golongan muda dan adalah fusion antara sukan dan gaya hidup. Gaya trendi yang dipaparkan di dalam koleksi ini adalah trendi dan amat bertepatan dengan generasi muda India yang suka bereksperimen dengan stail dan konsep baru.

Highlight koleksi Reebok 'MNIK' adalah kasut sukan 'Winning Stride' yang dipakai oleh Shahrukh Khan untuk karekter Rizwan Khannya sepanjang filem ini.

Koleksi ini juga mempunyai siri pakaian sukan lain seperti walking shoes, latihan dan sandals.

Reebok tidak mahu ketinggalan mengambil inspirasi dari mesej sejagat dalam filem ini dengan meletakkannya atas koleksi T-Shirtnya.

Yang pasti koleksi Reebok Edisi 'MNIK" bukan murah. Harganya saja sudah cukup membuat kita rasa megah memilikinya.

Artikel Lain