suria

Christopher Nolan Hidupkan Semula 'Superman'

KHABARNYA, Christopher Nolan yang berjaya dengan Batman Begins dan Dark Knight akan turut terlibat dalam filem terbarunya Superman.

Menurut Aceshowbiz semalam, dakwaan Warner Bros. Pictures telah meminta bantuan kepada Christopher untuk menghidupkan semula karakter Superman. Namun menerusi filem tersebut, dia tidak akan memikul tanggungjawab sebagai sutradara tetapi mungkin lebih sebagai produser.

Mengikut perancangan, Superman 3.0 tidak dijadikan sebagai sekuel dari Superman Return sebaliknya ia akan menampilkan kisah baru Kal-El atau Clark Kent.

Tapi penonton perlu bersabar untuk menonton filem ini kerana hingga saat ini, masih belum pasti bila Warner Bros. Pictures akan menerbitkan filem tersebut.

Artikel Lain