suria

Robert Pattinson Terganggu Adegan Seks Bersama Uma Thurman

BINTANG 'Twilight' Robert Pattinson begitu terganggu kerana terpaksa menghidupkan adegan seks bersama Uma Thurman dalam filem baru, 'Bel Ami'.

Di dalam filem baru itu, Pattinson terpaksa melakonkan adegan panas dan berahi dengan Thurman. Watak yang dibawa Pattinson pula ialah seorang wartawan bernama Georges Duroy.

Namun, dia menafikan adegan itu terlalu erotik kerana ia lari dari plot filem itu.

“Adegan seks bersama Uma membuat saya gementar," jelas Pattinson kepada Sydney Morning Herald baru-baru ini.

“Karektor Thurman pula ialah Madeleine yang menggunakan seks sebagai senjata dan karektor saya pula berfikir seperti binatang.

“Ada banyak adegan seks dalam filem ini dan saya sendiri tertanya-tanya betulkah apa yang saya buat ini dan saya bertanyakan ini kepada ramai orang," kata aktor kacak itu.

Filem terbaru ini adalah adaptasi dari novel seorang penulis abad ke 19 Perancis bernama Guy de Maupassant berkisar tentang Bel Ami yang berjaya mencapai kejayaan dengan tidur bersama wanita berkuasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain