Serina Hamil, Suami Hadiahkan Percutian Ke Perth - Hiburan | mStar

Serina Hamil, Suami Hadiahkan Percutian Ke Perth

Serina mengemudi program Jalan-Jalan Cari Makan Musim Ke-13. - Foto The star oleh NORAFIFI EHSAN
Serina mengemudi program Jalan-Jalan Cari Makan Musim Ke-13. - Foto The star oleh NORAFIFI EHSAN

SINAR bahagia jelas terpancar pada wajah pelakon, pengacara dan model Serina Redzuawan yang kini sedang hamil lima minggu.

Orang pertama yang menerima berita gembira itu sudah tentu suaminya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islam Salahudin Ghafar sebelum bapa tersayang, Chef Wan dan ibu, Norhayati Ayob.

Serina yang 'bunting pelamin' telah diijab kabulkan dengan Gavin pada 1 Januari 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan dan diraikan dalam enam resepsi.

Belum puas berkongsi rasa gembiranya dengan kaum keluarga dan rakan-rakan, Serina bertambah gembira menerima hadiah daripada suaminya berupa percutian ke Perth, Australia.

Pasangan bahagia ini akan terbang ke Perth hari ini dan menghabiskan masa cuti selama seminggu.

“Selepas disahkan hamil, sebagai kejutan, saya memberikan kad ucapan kepada suami dengan menulis congratulations for your baby.

“Selepas itu saya menghantar SMS kepada ayah saya dan dia membalas dengan lima muka surat SMS termasuk meminta saya menjaga pantang larang dan mengambil vitamin untuk kesihatan.

“Saya rasa rezeki anak ini bukan sahaja menunaikan impian saya dan Gavin malah turut mengabulkan doa bapa saya yang mahukan cucu ketika meniup lilin kek hari jadinya yang ke-53 tahun pada bulan lepas di Restoran Subak, Bukit Lanjan,” kata Serina yang mula mengimpikan untuk mendapat bayi lelaki kelak ketika sidang media program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Musim Ke-13 di Kuala Lumpur semalam.

Pelakon drama Akademi Polis dan Roda-Roda Kuala Lumpur ini berkata, dia lebih teruja dengan bayi lelaki kerana sudah terbayangkan bagaimana aksinya bermain bola sepak bersama anak lelakinya.

Walaupun kandungannya masih terlalu awal dan belum mendapat apa-apa alahan, Serina berkata, dia sudah mula mengidam makanan yang jarang disukai olehnya.

“Semasa baru-baru lagi, tiba-tiba sahaja saya menghubungi Domino’s Pizza dan memesan pizza dan minuman bergas sedangkan suami saya lebih teruja dengan makanan barat,” ceritanya yang gemarkan aktiviti lasak.

Namun begitu, tidak bermakna dia akan berhenti terus daripada menyertai aktiviti seperti sukan bermotor kerana tidak lama lagi wanita berusia 27 tahun itu akan menyambung penggambaran drama Roda-Roda Kuala Lumpur (RRKL).

“Saya boleh naik motor tapi tak boleh ganas-ganas macam dulu. Selain berlakon dalam RRKL, saya juga akan terlibat dengan banyak lagi program TV lain.

“Bagaimanapun, saya perlu mengutamakan JJCM. Saya akan teruskan penggambaran program ini mengikut kemampuan saya,” katanya yang telah selesai menjalani penggambaran sebanyak 10 episod.

Tidak guna kabel Chef Wan

Serina menggantikan pengacara asalnya, Maria Tunku Sabri dengan menggunakan konsep tersendiri.

Dalam pada itu, wanita yang berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, dia mempertaruhkan bakat yang ada dan bukannya menggunakan kabel bapanya untuk mengendalikan program itu.

“Saya juga menjalani sesi uji bakat seperti orang lain. Lagipun, sebelum menyertai uji bakat program ini, saya tengok dulu sama ada karakter saya bersesuaian dengan program ini atau tidak. Selepas itu, semuanya saya serah kepada Allah,” jelasnya yang menggayakan rambut pendek demi program itu.

Selepas dua minggu pulang dari berbulan madu di Greece pada bulan lalu, terus Serina memotong rambutnya dan berharap imej barunya itu dapat menarik minat penonton JJCM13.

Walaupun begitu, dia tetap kekal dengan sikap semulajadinya yang ramah dan ‘gila-gila’ kerana tidak mahu hipokrit di hadapan penonton.

Kelainan yang diterapkan olehnya juga termasuk menjadikan program ini berbentuk infotainment, bukan sahaja menyelitkan hiburan malah maklumat yang berguna.

“Saya ingin menunjukkan yang makanan boleh membuat orang gembira dengan membantu orang-orang susah. Jadi, saya cuba membawa anak-anak yatim untuk menjamah makanan yang sedap-sedap ini.

“Selain itu, saya juga pergi memancing ikan dan meminta kedai makan yang terpilih itu untuk memasak ikan itu. Pada masa yang sama, saya sebenarnya nak beritahu yang memancing itu bagus,” beritahunya.

Dalam seminggu, Serina telah menghabiskan masa di tiga buah restoran untuk mencuba dalam 40 jenis masakan setiap hari.

Biarpun begitu, dia menegaskan, langsung tidak takut jika badannya naik kerana dia akan menghabiskan masa untuk bersenam di gimnasium.

Penonton boleh menyaksikan JJCM13 mulai 14 Februari ini, setiap Ahad, pukul 12 tengah hari di TV3.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain