suria

Tila Tequila Teringin Ambil Anak Angkat Dari Haiti

BINTANG realiti TV Tila Tequila membuat pengumuman yang dia ingin mengambil anak angkat dari Haiti.

Penyanyi berusia 28 tahun itu memberitahu ini di dalam laman Twitternya.

“Saya ingin mengambil dua orang anak angkat dari Haiti dan saya akan lakukan itu secepat mungkin. Kesian, anak-anak tak bersalah itu. Mama akan datangs ekarang menyelamatkanmu," kata Tila seperti yang dipetik Radar Online.

Kata Tila, "Saya ingin mendapat dua orang anak tapi saya akan mengambil tiga orang anak angkat kerana saya suka menyayangi.”

Sementara itu, rapper Game mendakwa dia bukan ayah biologi kepada bayi yang dikandung Tila.

Namun, dakwaan ini dicanggah Tila. Kata Tila, dia akan membuktikan dakwaan ini tidak benar di mahkamah dan akan melakukan ujian paterniti.

"Game, saya tidak perlu bergaduh dengan awak kerana saya tahu banyak perkara buruk tentang awak. Saya boleh buat hidup anda susah kalau saya mahu," kata Tila.

"Tunggu saja 9 bulan dan awak akan tahu realitinya nanti. Ujian paterniti tidak akan menipu. Tunggu saja hari itu Game," kata Tila.

Artikel Berikut

Artikel Lain