suria

Linda Sah Ke Mahkamah - Peguam Fahrin

LINDA Onn atau Rozalinda Onn melalui peguamnya, Datuk Hazman Ahmad telah membalas notis tuntutan yang dibuat oleh Fahrin Ahmad dengan menafikan kenyataannya di dua akhbar tabloid sebagai berunsur fitnah.

Menurut peguam Tengku Naufal Tengku Mansur, yang mewakili Fahrin Ahmad, kenyataan yang terkandung dalam surat tersebut turut mengheret seorang selebriti lain.

"Linda telahpun menghantar surat melalui peguamnya bahawa dia bersedia membawa perkara ini ke mahkamah dan menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh dua buah akhbar tabloid tersebut sebagai berunsur fitnah.

"Apa yang mengejutkan dia juga telah mengaitkan seorang lagi selebriti dalam kenyataan itu. Linda mendakwa dia hanya mengiyakan kenyataan yang dibuat oleh seorang selebriti lain tentang hal tersebut," katanya.

Tengku Naufal turut memberitahu, beliau masih lagi menunggu kenyataan balas dari dua buah akhbar yang terbabit untuk menfailkan kes tersebut.

"Apa yang pasti Linda telah mengesahkan untuk berjumpa di mahkamah. Namun kami masih dalam proses perbincangan dengan peguam tanpa prejudis dari pihak akhbar," katanya.

Ketika ditanya adakah seorang lagi selebriti turut terlibat, Tengku Naufal memberitahu bahawa perkara tersebut akan ditentukan ketika perbicaraan nanti.

Artikel Berikut

Artikel Lain