suria

Meryl Streep Belum Dapat Tawaran Mamma Mia 2

Meryl tidak terburu-buru untuk mengambil tawaran berlakon
Meryl tidak terburu-buru untuk mengambil tawaran berlakon
Meryl tidak terburu-buru untuk mengambil tawaran berlakon

PEMENANG anugerah Oskar, aktres terkenal Meryl Streep tidak pasti samada dia akan dipilih untuk meneruskan sekuel filem muzikal, "Mamma Mia 2".

"Saya pernah dengar orang bercakap pasal itu tapi saya tak pasti jika mereka masih berminat dengan saya untuk meneruskan sambungan filem muzikal itu," kata Meryl yang membawa watak Donna Sheridan dalam "Mamma Mia".

Bagi Meryl, dia tidak perlu terburu-buru untuk melakukan apa-apa di dalam hidupnya ketika ini.

"Saya bekerja keras dua tahun kebelakangan ini. Saya telah berlakon dalam tujuh buah filem sepanjang durasi itu dan bagi saya, itu sudah memadai.

"Ini adalah sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini," kata Meryl.

Meryl juga melahirkan rasa syukur kerana dianugerahkan kesihatan yang baik.

"Saya berasa cukup bersyukur kerana kawan-kawan seusia saya ada yang sakit dan sudah pergi.

"Saya pula, sudah berusia 60 tahun tapi masih diberi peranan utama untuk filem komedi romantik. Apa lagi yang saya mahu...," kata Meryl.

Artikel Berikut

Artikel Lain