suria

Coldplay, Arctic Monkeys Lelong Barang Demi Haiti

GEMPA yang melanda Haiti membuatkan ramai pihak yang prihatin termasuk segelintir pemuzik dari London iaitu Coldplay, Arctic Monkeys dan vokalis Gorilaz, Damon Albarn.

Mereka memberikan bantuan dengan menjual barang-barang kesayangan masing-masing.

"Mereka menyumbangkan barang untuk dijual pada acara lelong amal untuk mengumpulkan dana bagi korban gempa Haiti bermula hari ini," ujar salah seorang penganjur acara lelong amal itu kepada Associated Press (AP).

Berbagai jenis barang yang mereka jual untuk membantu mangsa gempa yang dikatakan lebih dahsyat dari tsunami Aceh itu.

Alex Turner, gitaris Arctic Monkeys telah menjual Fender Stratocaster miliknya. Gitar berwarna putih itu dipakai ketika membuat video klip pertama untuk band bergenre alternatif rock itu.

Vokalis Coldplay, Chris Martin, juga rela menjual jaket yang dipakainya saat jelajah Viva La Vida. Berbeza dengan Damon Albarn, penyanyi lagu Song 2 itu akan menulis lagu untuk dijual.

"Lelongan amal itu akan dilakukan di laman web eBay mulai hari ini selama 10 hari," ujar Emily Eavis.

Artikel Berikut

ABP Terakhir Siti

Artikel Lain