Rihanna Nyanyikan Lagu Bob Marley Untuk Haiti - Hiburan | mStar

Rihanna Nyanyikan Lagu Bob Marley Untuk Haiti

PENYANYI Rihanna telah menyanyikan semula lagu 'Redemption Song' yang dahulu dipopularkan oleh Bob Marley.

Pelantun 'Russian Roulette' itu mempersembahkan lagu tersebut kepada mangsa gempa di Haiti melalui satu acara Oprah.

Seperti dipetik dari Female First, Rihanna memilih 'Redemption Song' kerana mempunyai pengalaman peribadi sendiri terhadap lagu itu. Dia turut mengakui selalu mendengarkan lagu kepunyaan Bob Marley pada 1980 itu setiap kali berhadapan dengan tekanan.

Menurutnya, lagu tersebut boleh memberi inspirasi dan membangkitkan semangat.

"Saya rasa masyarakat Haiti perlu untuk mendengarkan sesuatu yang mampu menginspirasi mereka," ujar gadis yang kini berusia 21 tahun itu.

'Redemption Song' versi Rihanna kini boleh didapati di lawan web rasmi Oprah. Keuntungan dari penjualan lagu itu akan disumbangkan kepada mangsa gempa di sana.

Artikel Sebelum

'Muzikal Gamat' Kembali Lagi!

Artikel Berikut

Shakira Bakal Bangunkan Sekolah Di Haiti

Artikel Berkaitan

Artikel Lain