suria

Aktres Siri 'Gossip Girl' Seksi Kerana Baju Dalam

BAGI yang menggemari siri TV Gossip Girl, pasti tertanya-tanya mengapa para pelakonnya selalu tampil luar biasa menerusi pakaian mereka kerana baju dalam merupakan rahsianya.

Perkara itu diungkapkan oleh penata kostum siri tersebut iaitu Eric Daman. Bagi stylish yang berasal dari New York itu, para pelakon perlu memilih bentuk coli dan seluar dalam yang tepat agar dapat menonjolkan keindahan tubuh mereka.

”Jika mahu menampakkan dadamu dilihat bagus. Pilihlah baju dalam yang bagus dan kamu juga akan kelihatan luar biasa,” ujarnya seperti yang dipetik menerusi Female First.

Eric telah menggayakan semua karektor pelakon dalam siri tersebut, termasuk Blake Lively dan Leighton Meester. Gaya karektor lakonan kedua-dua selebriti itu kini dijadikan trend oleh sebahagian 'fashionista'.

Artikel Lain