Mel Gibson Berhenti Merokok Demi Anak Perempuan - Hiburan | mStar

Mel Gibson Berhenti Merokok Demi Anak Perempuan

Mel Gibson kini bukan lagi perokok. - Foto AFP
Mel Gibson kini bukan lagi perokok. - Foto AFP

PELAKON Mel Gibson dilaporkan telah berhenti merokok demi bayi perempuannya, Lucia.

Menurut sebuah laporan di laman imdb.com, aktor yang merupakan seorang perokok tegar itu telah bertekad untuk berhenti merokok sepenuhnya walaupun tidak menafikan kesukaran yang terpaksa dihadapinya untuk mengatasi ketagihan itu pada awalnya.

"Pada tiga hingga empat hari pertama, saya menjadi serba tidak kena dan tidak keruan dibuatnya.

"Namun, pada hari kelima, saya sudah dapat mengawal ketagihan terhadap rokok," katanya.

Keputusan Gibson untuk berhenti merokok ternyata memberi kesan yang baik pada kesihatan aktor itu.

Menurutnya, dia telah kehilangan berat badan sebanyak lima paun dan dapat bernafas dengan lebih lancar sejak berhenti merokok.

Bayi perempuan Gibson, Lucia, dilahirkan pada Oktober tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rabbani Kabulkan Hajat Ustaz Asri

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain