suria

John Travolta Terbangkan Bantuan Untuk Korban Haiti

SELEBRITI terkenal John Travolta terbangkan pesawat pembawa bantuan bagi korban gempa bumi Haiti. Ketulusan yang ditunjukkan oleh John, sama seperti yang dilakukan George Clooney dan Penelope Cruz.

"Saya telah mengatur menerbangkan pesawat untuk menmbawa beberapa sukarelawan, beberapa kelengkapan dan beberapa tenaga petugas kesihatan. Saya berharap orang lain juga akan membantu seperti ini," jelas John.

John adalah antara bintang Hollywood yang ikhlas membantu Haiti.

Sebelum ini, aktor terkenal, George Clooney telah mengaturkan sebuah program TV bertajuk, 'Hope for Haiti' bagi mengutip dana bersama artis dan pemuzik lain seperti Justin Timberlake dan Alicia Keys, serta 40 selebriti yang akan disiarkan lebih di jaringan television Amerika.

George dan hos Wyclef Jean akan menjadi hos acara itu pada 22 Januari 2010.

Bukan setakat 40 bintang, George juga berjaya mengajak selebriti lain yang ditemui di acara Golden Globes ke-67 lalu.

"Ini adalah tempat yang paling sesuai untuk saya mendapat beberapa sukarelawan untuk membantu korban Haiti," jelas George.

Penelope Cruz yang ada di acara Golden Globes pun akhirnya mahu turut serta.

"Kesempatan ini mengingatkan orang untuk melakukan suatu kebaikan. Sedikit bantuan pun sangat berharga," kata Cruz.

Artikel Sebelum

Artikel Lain