suria

Pencarian Pengacara TV 'Top Host 2010' Kini Bermula Di TV3

BIDANG pengacaraan adalah antara bidang yang paling mendapat perhatian masa kini. Saban tahun rakyat Malaysia menyaksikan bakat-bakat baru muncul di kaca televisyen menerusi program pelbagai genre.

Kebolehan bertutur di hadapan kamera dan menyampaikan maklumat kepada penonton dilihat bukan sahaja menyeronokkan malah membuatkan seorang pengacara itu menjadi terkenal.

Namun disebalik keistimewaan itu, tugasnya jauh lebih mencabar, menuntut komitmen dan kesungguhan, selain keupayaan mencerap maklumat dengan baik, pantas dan berkesan.

Demi memastikan media televisyen terus relevan dan berupaya menyaingi saluran media lain terutamanya internet, penyampai TV generasi baru haruslah memiliki kredibiliti yang tinggi. Justeru TV3 tampil mencari barisan pengacara generasi baru menerusi program Top Host 2010. Pencarian bermula dari 16 hingga 31 Januari 2010.

Top Host 2010 memberi peluang kepada warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta mempunyai perwatakan yang menarik.

Sekiranya anda beraspirasi untuk menjadi pengacara berkaliber dan menjadi warga Sri Pentas, inilah kesempatan anda. Penyertaan boleh dibuat menerusi laman web TV3 atau kiriman pos.

Cara penyertaan Top Host 2010 adalah seperti berikut:

1. Hantarkan resume anda bersama koleksi gambar terkini

2. Perkenalkan diri anda menerusi rakaman video (VCD atau DVD) selama 1 minit.

3. Lengkapkan sebuah esei ringkas tidak melebihi 150 patah perkataan. “Saya adalah TOP HOST 2010 kerana ...”

4. Hantarkan penyertaan anda melalui kiriman pos ke alamat berikut :

Penerbit Top Host 2010 Primeworks Studios Sri Pentas, 3, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

5. Pihak TV3 juga mengalu-alukan penyertaan secara online di www.tv3.com.my/tophost2010

6. Tarikh tutup bagi penyertaan ialah pada 31 Januari 2010. Mereka yang layak akan dihubungi pihak Penerbit.

Adakah anda wajah berwibawa yang kami cari? Inilah peluang anda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain