suria

Hasrat MJ Bekerjasama Dengan A.R Rahman Tidak Kesampaian

MENDIANG Raja Pop tersohor, Michael Jackson (MJ) pernah menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan komposer Bollywood terkenal, A.R Rahman.

Menurut komposer yang memenangi dua anugerah di Oscars menerusi lagu ciptaannya dalam filem Slumdog Millionaire itu, dia telah bertemu dengan MJ dua bulan sebelum penyanyi itu meninggal dunia.

"Ketika saya bertemu dengannya, dia melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan saya. Pertemuan dengannya memang telah mengubah hidup saya. Dia suka apa yang saya buat dan begitu juga dengan saya.

"Dia seorang yang sangat istimewa," kata Rahman dalam sebuah laporan media.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain