suria

Dennis Hopper Failkan Penceraian Terhadap Isteri Kelima

Dennis Hopper dan isteri, Victoria Duffy. - Foto AFP
Dennis Hopper dan isteri, Victoria Duffy. - Foto AFP
Dennis Hopper dan isteri, Victoria Duffy. - Foto AFP

PELAKON veteran Dennis Hopper dikatakan telah memfail penceraian terhadap isteri kelimanya, Victoria Duffy, baru-baru ini.

Hopper, 73, yang sedang menderitai penyakit kanser, memaklumkan kepada mahkamah faktor ketidakpersefahaman dengan isterinya adalah antara punca yang membawa kepada penceraian itu, demikian menurut laporan majalah People.

Aktor itu juga dilaporkan turut menuntut harta sepencarian daripada isterinya, namun jumlah bahagian itu masih belum ditentukan.

Pasangan itu telah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai seorang anak, Galen, 6. Hopper juga dilaporkan turut menuntut hak penjagaan bersama ke atas anaknya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain