suria

Fergie Gigih Berdiet Supaya Suami Tidak Lari

PENYANYI Fergie sedang gigih berdiet untuk mengurangkan berat badan yang naik 9 kg. Fergie melakukan perkara itu agar suaminya tidak akan berpaling darinya.

Baru-baru ini suami Fergie, Josh Duhamel, digosipkan curang kepada penyanyi Black Eyed Peas itu.

“Kepercayaan diri Fergie sudah berkurang saat mendengar khabar itu,” ujar sumber seperti dipetik dari National Enquirer.

Namun bintang filem Nine itu tidak mahu bersedih lama-lama. Dia pun bertekad membuat suaminya tidak berpaling darinya sedikitpun.

”Fergie memang berniat untuk membuat tubuhnya seseksi mungkin. Bagi Fergie, tubuh yang menggiurkan adalah balas dendam paling baik,” tutur sumber itu lagi.

Berat Fergie memang sempat naik 9 kg ketika menyiapkan Nine. Kini, untuk menurunkannya, dia mendisiplinkan diri untuk berdiet dan olahraga.

Pemilik nama Stacy Ann Ferguson itu melakukan olahraga Piloxing, kombinasi dari pilates dan tinju (boxing-red).

“Dia juga memesan makanan dari Diet Designs,” tambah sumber.

Demi suaminya, Fergie juga mempertimbangkan untuk menyedut lemak. Dia rela melakukannya kerana menganggap suaminya adalah lelaki yang sangat baik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain