suria

Jennifer Lopez Tolak Kaedah Bayi Tabung Uji

Menolak kaedah bayi tabung uji. Foto AP
Menolak kaedah bayi tabung uji. Foto AP
Menolak kaedah bayi tabung uji. Foto AP

AKTRES THE BACK-UP PLAN, Jennifer Lopez memegang watak sebagai seorang wanita yang menggunakan kaedah proses bayi tabung uji bagi mendapatkan cahaya mata. Namun, pada hakikat sebenarnya dia tidak menyokong hal itu kerana dianggap bertentangan dengan agama yang dianutinya.

"Saya yakin pada Tuhan dan tidak ingin campur tangan dengan masalah seperti itu," kata Jennifer seperti dipetik dari Splash News.

Pada tahun 2008 lalu, Jennifer Lopez melahirkan dua anak kembar yang diberi nama Emme dan Max. Kenyataan tersebut mendapat kritikan yang dilemparkan di dalam laman blog mengenai keputusannya yang seolah-olah anti kepada teknologi bayi tabung uji itu.

Ekoran itu, American Fertility Association memberitahu bahawa mereka tidak menyalahkan keputusan Jennifer kerana itu adalah hak masing-masing individu.

"Jennifer mengatakan bahawa dia tidak akan mempertimbangkan proses bayi tabung uji kerana dia adalah orang yang percaya pada nilai-nilai tradisional. Kami di American Fertility Association sepenuhnya menyokong keputusan itu seperti juga kami menyokong hak orang-orang yang memilih menggunakan teknologi ini."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain