suria

KD Bertembung Dengan Anang di Lapangan Terbang

TANPA disangka-sangka, pada 4 Januari lalu, Kris Dayanti (KD) memberitahu bahawa dia telah bertembung dengan bekas suaminya Anang Hermansyah.

Pertemuan tanpa diduga itu berlaku di lapangan terbang sewaktu dia dalam perjalanan ke Bali.

"Dia terkejut apabila saya memberikan cakera padat (CD) album CTKD dan terus menyimpannya. Saya mendapat album itu setelah berjumpa dengan orang Malaysia," ceritanya.

Penyanyi yang turut popular menerusi lagu Aku Wanita Biasa ini juga mengakui dia lebih mudah menguruskan album CTKD tanpa Anang walaupun sebelum ini lelaki itu lebih banyak bertindak selaku produser dan komposer untuk albumnya.

Pada 22 Oktober lalu, Anang dan KD secara rasminya disahkan bercerai oleh Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selatan selepas KD memfailkan penceraian pada bulan puasa tahun lalu.

Pasangan berkenaan bernikah pada 22 Ogos 1996 dan dikurniakan dua anak iaitu Titania Aurelie, 12, dan Azriel Akbar, 10.

KD enggan memberikan komen lanjut berhubung anak-anaknya kerana mereka sentiasa berada di bawah jagaan bekas suaminya sepenuhnya.

Namun, KD berkata dia masih berpeluang bertemu dengan Aurelie dan Azriel apabila mempunyai masa terluang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain