suria

Suria FM Umumkan Pemenang "Suria Ku Di China" Sabtu Ini

PETALING JAYA: Empat orang pendengar online radio Suria FM sudah pun dipilih sebagai pemenang utama dalam peraduan "Suria Ku Di China".

Semua pemenang bakal menerima pakej percutian selama empat hari tiga malam beserta tiket penerbangan pergi balik untuk dua orang ke Beijing, China.

Majlis penyampaian hadiah tersebut akan diadakan di 'Studio V' pusat membeli belah One Utama pada 16 Januari ini pada pukul 12 tengah hari.

Majlis tersebut bakal dihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Seai Kie dan turut diserikan dengan artis jemputan Winnie K.

Peraduan ini yang memakan masa selama empat minggu berturut-turt bermula pada 7 Disember 2009 sehingga 1 Januari lalu mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar khasnya yang berada di sekitar Lembah Klang.

Peraduan melalui 'On-Air Radio' pula yang berlangsung selama lima hari setiap minggu adalah melalui talian SMS dalam segmen "Breakfast@Suria" pada pukul 8.45 pagi dan segmen "Suria Drive-In" pada pukul 6.50 petang.

Dari 6225 penyertaan melalui 'On-Air Radio'yang direkodkan selama peraduan berlangsung, hanya 40 orang sahaja yang berjaya terpilih menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100 setiap orang.

Peraduan yang dianjurkan oleh Suria FM ini adalah hasil kerjasama China Radio International (CRI) dan Pejabat Kebudayaan Kedutaan Besar Republik China.

Jumlah keseluruhan penyertaan kedua-dua bahagian ini adalah sebanyak 9,003 penyertaan.

Artikel Lain