suria

Pasha-Okie Kembali Bersatu?

RAMAI yang mengharapkan vokalis Ungu, Pasha dan bekas isterinya, Okie, kembali bersatu setelah kedua-duanya telah saling bermaafan pada perbicaraan kes pukul.

“Saya tidak tahu,” begitulah kata Pasha ketika ditanya kemungkinan dirinya akan merujuk dengan Okie.

Bagi Pasha, sehingga saat ini hubungannya dengan Okie, hanya sebagai ayah dan ibu kepada anak-anak mereka. Dia juga bersyukur kerana dirinya dan Okie telah saling bermaafan.

Ditanya tentang perbicaraan seterusnya, kini giliran Pasha akan menghadirkan saksi.

“Jangan tanya saya tentang saksi yang akan dibawa kerana saya tidak tahu,” jawabnya.

Artikel Lain