suria

Nash-Sosilawati Gagal Capai Persetujuan Sulh

SHAH ALAM: Pengasas dan jutawan produk kecantikan Datuk Sosilawati Lawiya dan bekas suaminya, penyanyi popular Nash, gagal mencapai persetujuan dalam prosiding sulh yang diadakan pagi tadi.

Prosiding itu diadakan bagi menyelesaikan tuntutan wang dan saham amanah bernilai RM1.38 juta yang diberikan kepada penyanyi itu ketika mereka masih berkahwin.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 18 Februari ini sebagai tarikh sebutan untuk Nash atau nama sebenarnya, Jamaludin Elias memfailkan afidavit jawapannya terhadap tuntutan itu.

Berita selanjutnya akan menyusul.

Artikel Lain