suria

Robert Pattinson Akan Berlakon Aksi Ranjang Dengan Uma Thurman

Robert Pattinson.
Robert Pattinson.
Robert Pattinson.

SELEPAS berlakon filem The Twilight Saga: New Moon, aktor kacak Robert Pattinson akan berlaku filem terbarunya yang memerlukan dia melakonkan adegan di bilik tidur dengan aktres Uma Thurman.

Filem bertajuk Bel Ami itu akan diarahkan oleh sutradara teater Declan Donellan. Filem itu diangkat dari kisah novel dengan judul yang sama.

Seperti dipetik dari Contractmusic, pelakon popular ini akan melakonkan watak Georges Duroy iaitu seorang wartawan muda yang mencapai karier dengan cara menakluk ramai wanita.

Perempuan pertama yang bersamanya adalah Madeleine lakonan Uma. Christina Ricci dan Kristin Scott Thomas juga akan melakonkan aksi mesra dengan Robert. Robert sangat berharap agar filem terbarunya itu akan berjaya lebih jauh berbanding filem lain yang pernah dilakonka sebelum ini. Dia benar-benar ingin lari dari bayangan watak pontianak romantis, Edward Cullen.

Artikel Lain