suria

Lady Gaga Betah Memasak Berjam-jam Lamanya

DALAM diam-diam, penyanyi Lady Gaga rupa-rupanya agak cekap di dapur sehingga betah memasak berjam-jam lamanya.

Wanita berasal dari Outlandia itu pakar dalam apa jenis masakan terutama makanan Itali.

“Khabar angin mengatakan saya hebat di dapur adalah sangat benar. Saya suka memasak dan sangat pandai memasak masakan Itali kerana saya berasal dari keluarga Itali,” ujar Lady Gaga seperti yang dipetik dari Femalefirst. Walau sesibuk mana pun, penyanyi lagu Poker Face itu kerap meluangkan waktunya di dapur. Baginya, makan masakan sendiri adalah kepuasan yang tiada bandingannya.

Artikel Lain